Ucapan Tahniah Kepada CEO TNB yang baru.


Bagi pihak Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Yg Bhg Dato’Ir.Azman Mohd
diatas perlantikannya sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB yang baru berkuatkuasa 1 Julai 2012.

Perlantikan Yg. Bhg. Dato’ merupakan pengiktirafan dan kepercayaan kerajaan kepada kepimpinan dalaman untuk menerajui pucuk pimpinan TNB.

Kami percaya dengan perlantikan Yg Bhg Dato’ akan memberikan sinar dan harapan kepada warga pesara LLN/TNB dalam menghadapi dan mengatasi permasalahan mereka khususnya perubatan serta lain lain lagi amnya.