Sessi Taklimat Untuk Pekerja Dan Pesara TNB diPejabat TNB Khusus Untuk Warga Pesara Seluruh Negeri Melaka



Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih sekali lagi kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB pada  30hb Mei 2012 bertempat di Tingkat 3 Bangunan Pejabat TNB, Jalan Banda Kaba Melaka.

Seperti di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang pada 9 Disember 2011, di Setesen Janaeletrik Sultan Mahmud di Paka, Trengganu pada 16 Jun 2011,di Setesen Janaeletrik Gelugor,Pulau Pinang pada 27 Julai 2012, jumlah kehadiran para pesara diMelaka tidak kurang hebatnnya. Lebih kurang 70 orang pesara di kawasan Melaka telah turut hadir.  

Kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang. 

Berikut dibawah adalah gambar gambar pada majlis tersebut.