J/kuasa Persatuan ziarah Ahmad Hamid (Epit)


Rumah Sdra Ahmad Hamid

Pada hari selasa 24 April 2012 seramai 4 orang ahli jawatan kuasa persatuan telah membuat ziarah kerumah Sdra Ahmad b Hamid (nama gelaran Epit) di 31 Jalan Imam Ayub, Taman Sri Kapar. Sdra Ahmad Hamid telah megidap penyakit kencing manis. Sekarang ini beliau berumur 50 tahun dan telah di Medical Boarded daripada perkhidmatan pada 2011. Semasa kami melawat beliau dirumahnya Sdra Ahmad Hamid tidak boleh berjalan. Pengerakkan beliau adalah melalui kerusi roda. Beliau juga mengalami kurang pengelihatan kerana penyakit kencing manis. Kedatangan kami di sambut mesra oleh beliau. Walaupun mengalami banyak kekurangan tetapi sifatnya semula jadi yang mesra beliau mengajak kami berceritakan kisah kisah lama semasa dalam perkhidmatan dengan LLN/TNB. 
Beliau merupa seorang ahli kesatuan yang aktif dengan seribu pertanyaan dan permintaan melalui pergerakkan buruh. Dalam Union di peringkat cawangan khususnya di SJJC dan SJSSAA Kapar siapa yang tidak kenal dengan  Ahmad Hamid. Begitu juga dengan pergerakkan Koperasi TNB siapa yang tak kenal dengan Ahmad Hamid. Walaupun bukan seorang pegawai berpangkat tinggi atau pemimpin tetapi sifat suka menolong rakan rakan (terutamanya berkaitan pinjaman koperasi) menjadikan beliau seorang yang terkenal dan berpengaruh.

Sama sama kita doakan agar beliau sembuh dari penyakit yang dialaminya dan dapat berjalan seperti biasa.

Bergambar Untuk Kenangan.
Hj Idris Hj Ismail, S Kandasamy, Cellapah dan Hj Abu Bakar Naiana Mohammad