Dalam Bulan Ogos ini 2 rakan pesara LLN/TNB meninggal dunia. Mereka adalah :-
1. Raja Zainal ( bekas pengendali turbin SJJC)
2. Ricky Karuppiah ex LLN/TNB SJTJ PD, SJJC,SJSSAA Kapar meninggal pada 28/8/2011
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia d/a Tingkat 1, Bangunan Dispensari TNB, Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Jalan Dato Sidin, Beg Berkunci 2013, 41990, Klang. Tel. Presiden 0163620528, Tel S/usaha 0196931175. Email : xtenaga@gmail.com
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia wishes all Malaysians a wonderful,memorable celebration of our Malaysian Independence. MERDEKA MERDEKA MERDEKA
SALAM AIDILFITRI
Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bekas pekerja pekerja LLN/TNB
Pembayaran Khas RM500
Bekas pekerja pekerja LLN/TNB diantara 590000 pesara kerajaan menyambut baik pengumuman pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Terima Kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Bagi pihak Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia, kami mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa di bulan Ramadhan kepada semua para pesara khasnya bekas pekerja pekerja LL/TNB.
Sessi Taklimat Untuk Pekerja Dan Pesara TNB Di Setesen Janaelektrik Gelugor
Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih sekali lagi kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB dan Sessi Lawatan Teknikal pada 27 hb Julai 2011 bertempat di Setesen Janaeletrik Gelugor.
Seperti di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang pada 9 Disember 2011 dan di Setesen Janaeletrik Sultan Mahmud di Paka, Trengganu pada 16 Jun 2011 jumlah kehadiran para pesara di Setesen Janaeletrik Gelugor untuk kawasan Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya. Kami di urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia menerima lapuran seramai 151 orang pesara telah hadir pada majlis tersebut. Kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang.
Besar harapan kami diurusetia Persatuan taklimat begini dapat disampaikan oleh pihak TNB kepada pesara di tempat tempat lain untuk bekas pekerja pekerja Distribution,Transmission dan lain lain perkhidmatan.
Para Pesara Daftarkan Nama Anak Yang Masih Belajar.
Untuk tujuan rawatan perubatan para pesara yang mempunyai anak yang masih belajar untuk Diploma atau Ijazah ambil tindakan segera untuk mendaftarkan anak anak tuan/puan dengan pihak Kebajikan Pesara TNB. Dalam sistem TNB apabila anak tersebut mencapai umur 18 tahun, nama anak tuan/puan para pesara akan terpadam. Oleh itu jika anak tuan/puan para pesara yang masih belajar dikolej atau universiti hendaklah mendaftar semula kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.
Jika anak tuan/puan berjaya mendapatkan Diploma dan meneruskan untuk belajar ke Ijazah sekali lagi tuan/ puan dikehendaki mendaftarkan nama anak tuan/puan kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.
Jika anak tuan/puan berjaya mendapatkan Diploma dan meneruskan untuk belajar ke Ijazah sekali lagi tuan/ puan dikehendaki mendaftarkan nama anak tuan/puan kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


