Para Pesara Daftarkan Nama Anak Yang Masih Belajar.

Untuk tujuan rawatan perubatan para pesara yang mempunyai anak yang masih belajar untuk Diploma atau Ijazah ambil tindakan segera untuk mendaftarkan anak anak tuan/puan dengan pihak Kebajikan Pesara TNB. Dalam sistem TNB apabila anak tersebut mencapai umur 18 tahun, nama anak tuan/puan para pesara akan terpadam. Oleh itu jika anak tuan/puan para pesara yang masih belajar dikolej atau universiti hendaklah mendaftar semula kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.


Jika anak tuan/puan berjaya mendapatkan Diploma dan meneruskan untuk belajar ke Ijazah sekali lagi tuan/ puan dikehendaki mendaftarkan nama anak tuan/puan kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.