Sessi Taklimat Untuk Pekerja Dan Pesara TNB Di Setesen Janaelektrik Gelugor

 
Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih sekali lagi kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB dan Sessi Lawatan Teknikal pada  27 hb Julai 2011 bertempat di Setesen Janaeletrik Gelugor. 

Seperti di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang pada 9 Disember 2011 dan di Setesen Janaeletrik Sultan Mahmud di Paka, Trengganu pada 16 Jun 2011 jumlah kehadiran para pesara di Setesen Janaeletrik Gelugor untuk kawasan Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya. Kami di urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia menerima lapuran seramai 151 orang pesara telah hadir pada majlis tersebut. Kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang. 

Besar harapan kami diurusetia Persatuan taklimat begini dapat disampaikan oleh pihak TNB kepada pesara di tempat tempat lain untuk bekas pekerja pekerja Distribution,Transmission dan lain lain perkhidmatan.