Merry Christmas And Happy New Year 2012

 
Merry Christmas and Happy New Year 2012. May the good times and treasures of present become the golden memories of tomorrow. Wish you lots of love, joy, happiness.

From :- The President and the Committees of Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.

Perjumpaaan Ketua Pegawai Operasi / Pengarah Eksekutif TNB

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia telah berpeluang bertemu dengan Dato Ir Hj Azman Mohd Ketua Pegawai Operasi / Pengarah TNB pada 29 November 2011 bagi mendengar penjelasan daripada pengurusan TNB mengenai lapuran akhbar berkaitan“Will Tenaga Nasional be splitup?”, 8 September  2011 “Govt studies splitting Tenaga Nasional into three units”, 8 October 2011 “Splitting up TNB barely tackles its achingly – long failing” dan 28 September 2011 “TNB: No knowledge of break-up”. Turut bersama beliau adalah Datin Roslina Zainal Vice President (Planing).












Perjumpaan Dengan Pengurusan TNB

J/kuasa Persatuan diberi peluang untuk bertemu pihak pengurusan TNB pada 29hb November 2011 untuk mendapatkan penjelasan mengenai lapuran akhbar The Star 20 September 2011 bertajuk “Will Tenaga Nasional be splitup?”, 8 September  2011 “Govt studies splitting Tenaga Nasional into three units”, 8 October 2011 “Splitting up TNB barely tackles its achingly – long failing” dan 28 September 2011 “TNB: No knowledge of break-up”. Kami difahamkan Dato Ir Hj Azman Mohd, Chief Operating Officer telah sudi melapangkan masanya untuk mendengar rintihan para pesara LLN/TNB jika benar berita dari akhbar tersebut menjadi kenyataan.

Selamat Menyambut Awal Muharam

Kepada semua pesara dan ahli persatuan beragama Islam kami ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433. Moga moga dipanjangkan usia, sehat tubuh badan dan dimurahkan rezeki. Ramai ramailah ke masjid dan surau atau berkumpul beramai ramai bersama keluarga pada petang sabtu 26 Nov 2011 sambil membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

Eid al Adha/Hari Raya Haji/Hari Raya Korban.

Eid al-Adha or "Festival of Sacrifice" or "Greater Eid" is an important religious holiday celebrated by Muslims worldwide to commemorate the willingness of Abraham (Ibrahim) to sacrifice his son Ishmael (Isma'il) as an act of obedience to God, before God intervened to provide him with a ram to sacrifice instead.
Eid al-Adha is the latter of two Eid festivals celebrated by Muslims, whose basis comes from Sura 2 (Al-Baqara) Ayah 196 in the Qur'an. Like Eid ul-Fitr, Eid al-Adha begins with a  prayer of two Raka'ah (units) followed by a sermon (khuáš­bah).
The word "Eid" appears in Sura al-Mai'da ("The Table Spread," Chapter 5) of the Qur'an, meaning 'solemn festival'.
Eid al-Adha is celebrated annually on the 10th day of the 12th and the last Islamic month of ZulHijjah of the lunar Islamic calendar. Eid al-Adha celebrations start after the Hajj, the gathering at Arafah where the annual pilgrimage to Mecca in Saudi Arabia by Muslims worldwide. Arafah is a plain about 21.3 kilometres from Mecca. We believe that it was in Arafah that Nabi Adam A.S. and Hawa reunited after being separated for many years. Thousands, if not, a couple of millions of Muslims, all dressed in the obligatory ihram gather for the compulsory presence in Arafah. Ritual observance of the holiday lasts until sunset of the 13th day of Zulhijjah.
Kepada semua ahli dan pesara beragama Islam, Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan mengucapkan Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Raya Haji. AIDUL ADHA…mengajak umat manusia mengingati sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Allah Ismail a.s. Justeru, kita dituntut utk sama-sama melakukan ibadah korban dengan tuntutan sunat muakkad yang sangat dituntut utk melakukannya. Bagi insan yang dikurniakan nikmat kekayaan dan kecukupan dalam perbelanjaan serta berkemampuan amatlah dituntut utk melaksanakannya. Pengorbanan kita hari ini memungkin orang-orang yang kurang bernasib baik turut merasai makanan yang lazat berbanding hari2 biasa. Ayuh semarakkan AIDIL ADHA kali ini dengan penuh penghayatan.
Kepada mereka yang mengerjakan Ibadat Haji pada tahun ini kami mendoakan agar tuan/puan mendapat Haji yang MABRUR. Amin Ya Rabbalalamin.

Lapuran Akhbar The Star "Will Tenaga Nasional be splitup?”, Dan “Govt Studies Splitting Tenaga Nasional Into Three Units

Pesara pesara LLN/TNB yang ada hubung kait dengan operasi TNB amat bimbang dengan perkembangan terkini yang diutarakan oleh pihak media, bakal menjejaskan kedudukkan kemudahan faedah rawatan bagi pesara dan tanggungannya. Lapuran akhbar The Star 20 September 2011 bertajuk “Will Tenaga Nasional be splitup?”, 8 September  2011 “Govt studies splitting Tenaga Nasional into three units”, 8 October 2011 “Splitting up TNB barely tackles its achingly – long failing” dan 28 September 2011 “TNB: No knowledge of break-up” membuat Jawatan Kuasa persatuan meminta penjelasan daripada pengurusan TNB. Satu surat telah dihantar pada 20hb Oktober 2011 kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB Dato'Che Khalib Mohamad Noh  untuk mengetahui kebenarannya berita tersebut.


Selamat Menyambut Perayaan Deepavali

Presiden serta Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan Selamat Merayakan Hari Deepavali kepada semua ahli persatuan dan pesara LLN/TNB.


Azali Karim Kembali keRahmatullah

Azali Karim (Senior Operator 120 MW) bekas kakitangan TNB Setesen Janaeletrik Tengku Jaafar Port Dickson telah kembali kerahmatullah pada 11 September 2011 dirumahnya diKampong Datok Dagang, Klang setelah terlantar sakit beberapa tahun. Jenazahnya telah di kebumikan di tanah perkuburan Bukit Badak Klang. Bagi pesara berugama Islam diminta membacakan AlFatihah.

Kumpulan Wang Khairat Pekerja dan Pesara TNB

Kumpulan Wang Khairat Pekerja dan Pesara TNB akan mengadakan mesyuarat agong nya kali 42 akan diadakan di Bilik Pergau, Kelab Kilat TNB, Jalan Pantai Baru,59200 Kuala Lumpur pada hari Selasa, 27hb September 2011 jam 10.00 pagi 

Pesara Yang Meninggal Dunia Dalam Bulan Ogos (Yang Mana DiKetahui)

Dalam Bulan Ogos ini 2 rakan pesara LLN/TNB meninggal dunia. Mereka adalah :-

1. Raja Zainal ( bekas pengendali turbin SJJC)
2. Ricky Karuppiah ex LLN/TNB SJTJ PD, SJJC,SJSSAA Kapar meninggal pada 28/8/2011




MERDEKA MERDEKA MERDEKA



Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia wishes all Malaysians a wonderful,memorable celebration of our  Malaysian  Independence. MERDEKA   MERDEKA  MERDEKA

       

SALAM AIDILFITRI

Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bekas pekerja pekerja LLN/TNB


Pembayaran Khas RM500


Bekas pekerja pekerja LLN/TNB diantara 590000 pesara kerajaan menyambut baik pengumuman pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Terima Kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bagi pihak Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia, kami mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa di bulan Ramadhan kepada semua para pesara khasnya bekas pekerja pekerja LL/TNB.

Sessi Taklimat Untuk Pekerja Dan Pesara TNB Di Setesen Janaelektrik Gelugor

 
Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih sekali lagi kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB dan Sessi Lawatan Teknikal pada  27 hb Julai 2011 bertempat di Setesen Janaeletrik Gelugor. 

Seperti di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang pada 9 Disember 2011 dan di Setesen Janaeletrik Sultan Mahmud di Paka, Trengganu pada 16 Jun 2011 jumlah kehadiran para pesara di Setesen Janaeletrik Gelugor untuk kawasan Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya. Kami di urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia menerima lapuran seramai 151 orang pesara telah hadir pada majlis tersebut. Kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang. 

Besar harapan kami diurusetia Persatuan taklimat begini dapat disampaikan oleh pihak TNB kepada pesara di tempat tempat lain untuk bekas pekerja pekerja Distribution,Transmission dan lain lain perkhidmatan.
 

Para Pesara Daftarkan Nama Anak Yang Masih Belajar.

Untuk tujuan rawatan perubatan para pesara yang mempunyai anak yang masih belajar untuk Diploma atau Ijazah ambil tindakan segera untuk mendaftarkan anak anak tuan/puan dengan pihak Kebajikan Pesara TNB. Dalam sistem TNB apabila anak tersebut mencapai umur 18 tahun, nama anak tuan/puan para pesara akan terpadam. Oleh itu jika anak tuan/puan para pesara yang masih belajar dikolej atau universiti hendaklah mendaftar semula kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.


Jika anak tuan/puan berjaya mendapatkan Diploma dan meneruskan untuk belajar ke Ijazah sekali lagi tuan/ puan dikehendaki mendaftarkan nama anak tuan/puan kepada pihak Kebajikan TNB dengan menghantar melalui faxs surat pengesahan belajar dan No Kad Pengenalan.  

Love On Wheels Healthcare Services Sdn Bhd

 Satu lagi penambaikan dalam Perubatan TNB kepada kakitangan dan Pesara adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Love On Wheels Sdn Bhd Healthcare Services Sdn Bhd. Diantara perkhidmatan mereka adalah seperti berikut :-
                Perkhidmatan   Rehabilitasi
                                                        - Terapi anggota
                                                        - Terapi Carakerja
                                                        - Terapi Pertuturan
                                                        - Pakar Kaunseling Psikososial
                                                        - Pakar Diet
               Perkhidmatan Kejururawatan
                                                        - Asas Kejururawatan
                                                        - Penjagaan Pesakit Berpenyakit Kritikal
                                                        - Rawatan Paliatif
                                                        - Pengurusan Luka
                                                        - Penjagaan Ibu/Anak Selepas Dilahirkan.

Prosedur Perkhidmatan

1. Pesakit perlu mendapatkan Surat Rujukan daripada doktor yang merawatnya samaada  pesakit tersebut 
    memerlukan rawatan dirumah.Kemudian pesakit perlu menghantar surat itu kepada PM Care Sdn Bhd 

 2. PM Care Sdn Bhd akan mengeluarkan Surat Jaminan kepada Love On Wheels Healthcare Services Sdn
     Bhd.

 3. Apabila menerima Surat Jaminan, Love On Wheels Healthcare Services Sdn Bhd akan menjadualkan
     sessi penilaian yang perlu dilakukan

 4. Setelah selesai sessi penilaian, Love On Wheels Healthcare Services Sdn Bhd akan memulakan rawatan
     pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh pesakit dan ahli keluarga.

Untuk Keterangan Lanjut layari laman web www.loveonwheelshealthcare.com atau hubungi mereka pada talian Toll Free 1800 222 007


                 

AGM PERSATUAN 27 HB JULAI 2011

Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan nya pada 27 hb Julai 2011 bertempat di Kelab Eksekutif Klang bermula jam 9.00 pagi

Para Pesara Mendaftar Untuk Kehadiran Mseyuarat

Urusan Mesyuarat Agong

 Sebelum Urusan Mesyuarat Agong Berlangsung 4 sessi taklimat telah disampaikan untuk menambahkan pengetahuan para pesara. 1. Taklimat Kesihatan oleh Dr Sivagahmi dari PM Care ( tiada gambar) 2. Taklimat oleh Calvin Vaz daripada Syarikat Love On Wheels Healthcare Services Sdn Berhad. 3. Talimat Perubatan TNB oleh Sdra Rosli Gembor.dan 4. Talimat Khairat Kematian TNB oleh Sdra Majidi.


Cara Dan Adat Kita Mengucapkan Setinggi Terima Kasih




P Ponniah Passed Away

CBPS retired staff P Ponniah PJK passed away this morning 22 July 2011

Ucapan Selamat Menyambut Syaaban Kepada Ahli ahli Beragama Islam


REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan.Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN 

1.    Memperbanyakkan puasa sunat:

i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

 ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

 iii  Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

 iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”  

2.   Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:

Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

3. Bertaubat:

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:
 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.

 Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Taklimat Kepada Pesara LLN/TNB di Pulau Pinang

Usaha sedang diatur oleh BahagianSumber Manusia Kumpulan untuk memberikan taklimat perubatan, khairat kematian dan sebagainya di jangka pada penghujung Julai 2011 kemungkinan bertempat di Setesen Janaeletrik Gelugor.

Mesyuarat Agong Tahunan

Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunannya pada 27 hb Julai bertempat di Klang Excecutive Club mulai jam 9.00 pagi. Notis mesyuarat akan mula diposkan pada semua ahli mulai 1 hb Julai 2011.

Taklimat Kepada Pesara di Trengganu Selatan Pada 16hb Jun 2011

Alhamdullillah,Perjumpaan pihak Pengurusan Sumber Manusia TNB dengan para pesara TNB/LLN di Trengganu Selatan telah diadakan pada 16/6/11 bertempat Setesen Janaeletrik Sultan Ismail,Paka. Seramai 60 orang pesara telah menghadiri majlis tersebut serta mendengar taklimat khususnya mengenai perubatan.Moga moga pesara di kawasan selatan dan utara semenanjong akan berpeluang seperti ini. Wakil Persatuan disini adalah En Ismail Awang, Tel 0199854631  

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Bagi pihak Presiden dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia kami diUrusetia Persatuan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada Ahli ahli persatuan dan rakan rakan pesara yang berbangsa Tionghua

Perayaan Hari Taipusam

Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan kepada semua ahli ahli penganut agama Hindu "Selamat Merayakan Hari Taipusam" pada hari Khamis 20 Januari 2011.