Mesyuarat Agung Tahunan 2013

Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia akan mengadakan mesyuarat agong tahunannya pada 9hb Julai 2013. Notis mesyuarat yang diedarkan pada ahli adalah seperti berikut



PERSATUAN BEKAS PEKERJA PEKERJA  TENAGA NASIONAL MALAYSIA
 d/a Dewan Seri Damak , Lorong Seri Damak 21 Taman Seri Andalas Klang 
Tel. 0163620528 (Pengerusi) 0196931175 (S/usaha)
 __________________________________________________________________

Tarikh : 25hb Jun 2013

Semua Ahli ahli                                                          
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.

Tuan / Puan

Perkara : Notis Mesyuarat Agung Tahunan.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agung Tahunan,
 Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia akan diadakan 
pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-
                                
 Tarikh             :  9hb Julai 2013
 Masa              :  9.30 pagi
Tempat            :  Kelab Eksekutif Klang
                           Persiaran Bukit Raja 2 Bandar Baru Klang


Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan
                        -           Kehadiran Ahli
                        -           Taklimat Perubatan/Kesihatan
                        -           Urusan Persidangan
                        -           Jamuan dan Bersurai


Butir Butir Urusan Mesyuarat Agung Tahunan adalah untuk :-

(a) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 30hb Mei 2012
      ( Peraturan 6.3a)

(b) Menerima Lapuran Jawatankuasa mengenai perjalanan Persatuan ini  
     sepanjang Jun 2012 – Mei 2013  ( Peraturan 6.3b)

(c) Menerima Lapuran Bendahari dan akaun Persatuan ini yang diaudit 
     bagi tahun Berakhir 31 Disember 2012 (Peraturan 6.3c)

(d) Menguruskan perkara perkara lain yang mungkin dibawa kepadanya 
     atau yang dikemukakan oleh Jawatankuasa DENGAN SYARAT bahawa 
     notis yang tidak kurang dari 14 hari diberikan terlebih dahulu.
 

(e) Hal Hal Lain

Kerjasama ahli ahli untuk sama sama hadir dalam Mesyuarat Agung 
Tahunan ini amatlah hargai.


Sekian . Terima Kasih                                                                                    
                                            

Dengan hormatnya 


Hj Idris bin Hj Ismail                                                                                                                           Setiausaha
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia 


Nota : - Sila jelaskan Yuran Bulanan / Seumur Hidup apabila menghadiri
             Mesyuarat Agung.( Sila abaikan nota ini jika anda telah 
             menjelaskan yuran anda )               

TNB tidak akan dipecahkan.



PM Nafi TNB Akan Dipecah Pecahkan Menjadi Syarikat Kecil.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Kerajaan menafikan spekulasi operasi TNB yang kini terbahagi kepada tiga bahagian - pembahagian, penjanaan akan dipecahkan kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil.

PM berkata, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara, kerajaan memutuskan untuk tidak sama sekali memecahkan syarikat utiliti itu.

Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Lawatan Kerja Perdana Menteri ke TNB di sini hari ini berkata "Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan pastikan TNB kekal sebagai syarikat utiliti unggul, dan melihat TNB sebagai juara serantau,"
  







Selamat Tahun Baru Cina






Kepada para pesara keturunan Cina bagi pihak Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia kami mengucapkan Happy Chinese New Year / Selamat Tahun Baru Cina 2013.

Merry Christmas


To all Christian members and friends,
"There's a miracle of friendship that glows within the  XLLN/TNB heart.  Wishing you and yours all the best of memories past, and the making of new ones this Holiday Season. Merry Christmas, friend"

from :- Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.