PM Nafi TNB Akan Dipecah Pecahkan Menjadi Syarikat Kecil.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Kerajaan menafikan spekulasi operasi
TNB yang kini terbahagi kepada tiga bahagian - pembahagian, penjanaan akan
dipecahkan kepada syarikat-syarikat yang lebih kecil.
PM
berkata, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara, kerajaan memutuskan untuk tidak
sama sekali memecahkan syarikat utiliti itu.
Perdana
Menteri semasa berucap pada Majlis Lawatan Kerja Perdana Menteri ke TNB di sini
hari ini berkata "Saya beri jaminan bahawa kerajaan akan pastikan TNB
kekal sebagai syarikat utiliti unggul, dan melihat TNB sebagai juara
serantau,"