Bajet Oh Bajet 2013


Kebanyakkan bekas kakitangan kerajaan yang mendapat pencen kurang daripada RM 720.00 khususnya mereka yang tidak berjaya berkhidmat dengan kerajaan sekurang kurangnya 25 tahun dan amnya bekas kakitangan agensi kerajaan yang diswastakan seperti Telekom Malaysia, Lembaga Letrik Negara, Lembaga Pelabuhan Klang, Pos Malaysia dan lain lain agensi yang diswastakan  merasa kecewa apabila mendengar dan membaca berita pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dikaca TV dan diakhbar akhbar. Berita RM 720.00 dinaikkan kepada RM 820.00 tidak mengembirakan kami.

Bajet 2012 dulu pun begitu juga. Pencen minima RM720.00 diperkenalkan tetapi tidak dapat dinikmati kerana syarat wajib perkhidmatan 25 tahun dikekalkan.   

Ahmad Hamid ( Epit ) Meninggal Dunia

Al Fatihah.
           
Ahmad bin Abdul Hamid (Epit) telah meninggal dunia di rumahnya 31 Jalan Imam Ayub, Taman Sri Kapar kira kira jam 10 pagi 3hb Oktober 2012 setelah lama mengidap penyakit kencing manis.Semasa hidupnya beliau merupa seorang ahli kesatuan yang aktif dengan seribu pertanyaan dan permintaan melalui pergerakkan buruh. Begitu juga dengan pergerakkan Koperasi TNB siapa yang tak kenal dengan Ahmad Hamid. Walaupun bukan seorang pegawai berpangkat tinggi atau pemimpin tetapi sifat suka menolong rakan rakan (terutamanya berkaitan pinjaman koperasi) menjadikan beliau seorang yang terkenal dan berpengaruh. Beliau pernah bertugas di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang dan Setesen Janaeletrik Sultan Salahudin Abd Aziz, Kapar.Bagi pihak Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia kami merakam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga roh beliau bersama sama ditempatkan dengan roh roh orang yang beriman. Amin Ya Rabal Alamin.

  Jenazah Allahyarham Ahmad Hamid telah dimandi dan dikafankan ditempatkan diruang tamu rumahnya.

 Saudara mara, rakan taulan,sahabat yang menziarahi jenazah allahyarham.

 Kelihatan Pak Hamid bapa allahyarham berkata sesuatu sebelum jenazah allahyarham Ahmad Hamid dimasukkan kedalam keranda. 

Kelihatan jenazah diusung keluar dari rumah allahyarham ke kereta jenazah dibawa ke Masjid Batu 12 Jalan Kapar untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hamid telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Batu 12 Jalan Kapar selepas waktu asar. 

Sdra.Mubarak Abd Hamid Kembali KeRahmatullah


Allahyarham Sdra Mubarak Abdul Hamid No.Pekerja 13609 bekas kakitangan LLN/TNB telah meninggal dunia kira kira jam 7 malam,diberitakan terjatuh dirumahnya beralamat No 1 Lorong Kota Raja 6, Jalan Kota Raja Klang pada hari Selasa 18hb September 2012.  Jenazah beliau telah dikebumikankan ditanah perkuburan Islam Kg Jawa kira kira jam 10.00 pagi hari Rabu 19hb September 2012.
 Beliau telah mula berkhidmat dengan LLN di Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught Klang pada era 60an  dan pernah bertugas di Pejabat Daerah Klang dan Pelabuhan Klang.

Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia merakamkan  takziah kepada keluarga allahyarham. Ramai pesara LLN/TNB rakan dan taulan allahyarham telah menziarahi beliau.
   














 
 Jenazah Allahyarham di sembahyamgkan
Jenazah Allahyarham diusong ke dalam kereta jenazah untuk dikebumikan.

Ulang Tahun LLN/TNB Ke-63


Saya dan ramai lagi para pesara LLN/TNB telah dijemput hadir bersama di Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB dengan YAB Perdana Menteri di Kompleks Sukan TNB pada 3hb September 2012 sempena Ulang Tahun LLN/TNB ke 63 tahun. Pada ulangtahun LLN/TNB ke 60 dulu juga dihadiri oleh PM juga, kami para pesara tidak ada jemputan.Kali ini perayaan besar besaran diadakan melibatkan kakitangan dipejabat daerah TNBdisemenanjung dan Sabah kerana pertamanya memberikan sokongan pada  kepimpinan YABDato Seri Mohd Najib Tun Razak dan kedua meraikan perlantikan Yg Bhg Datuk Ir Azman Mohd sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB yang baru berkuatkuasa 1hb Julai 2012. 

Perdana Menteri juga pada 1978 pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kementerian Tenaga Telekom dan Pos.

Sumber Foto dari Malaysiakini   
Pada Majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah mengumumkan tiga berita baik kepada warga TNB iaitu :- 

* TNB muncul sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun selaras dengan pelaksanaan Akta Sumber Manusia yang diluluskan Parlimen baru-baru ini;

* Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB bersetuju menaikkan kadar caruman KWSP majikan untuk pekerja TNB dalam tempoh umur 56 hingga 60 tahun; dan

* Warga kerja TNB akan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Socso mulai 1 September 2012; 

Di samping itu, YAB Perdana Menteri turut mencadangkan TNB menjalin kerjasama dengan Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina rumah mampu milik khusus bagi warga kerja TNB bagi menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga kerja TNB.

  ( Sumber Foto Bernama.Com)
Ikrar Taat Setia Di Hadapan PM dan Pengerusi TNB diKetuai oleh
Presiden TNB dan dibelakang beliau adalah wakil Kesatuan &  Persatuan dalam TNB

  
Penyertaan Kakitangan TNB
 
 Meja Khusus Untuk Para Pesara LLN/TNB
 Seronok Bertemu Rakan Rakan Pesara LLN/TNB
Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia berbicara sesuatu dengan mantan General Manager Lembaga Letrik Negara Tan Sri Jalaluddin

Merdeka

To All Members of Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Malaysia and Ex Workers of Lembaga Letrik Negara and TNB we wish you A Happy Independence Day. 31 August 2012.

Salam A'diilfitri


 
Kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam, saya menggambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.                               

Eid Mubarak


The Moon Has Been Sighted
"Ketupat & Rendang are Ready
Here Comes EID. So Just Go Steady.



 On Behalf Of The President And The Committee Of The Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia Wishing All Muslims "A Happy Eid Mubarak”