Ahmad bin Abdul Hamid (Epit) telah meninggal dunia di rumahnya 31 Jalan Imam Ayub, Taman Sri Kapar kira kira jam 10 pagi 3hb Oktober 2012 setelah lama mengidap penyakit kencing manis.Semasa hidupnya beliau merupa seorang ahli kesatuan yang aktif dengan seribu pertanyaan
dan permintaan melalui pergerakkan buruh. Begitu juga dengan pergerakkan Koperasi TNB siapa
yang tak kenal dengan Ahmad Hamid. Walaupun bukan seorang pegawai
berpangkat tinggi atau pemimpin tetapi sifat suka menolong rakan rakan
(terutamanya berkaitan pinjaman koperasi) menjadikan beliau seorang yang
terkenal dan berpengaruh. Beliau pernah bertugas di Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught Klang dan Setesen Janaeletrik Sultan Salahudin Abd Aziz, Kapar.Bagi pihak Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia kami merakam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga roh beliau bersama sama ditempatkan dengan roh roh orang yang beriman. Amin Ya Rabal Alamin.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hamid telah dimandi dan dikafankan ditempatkan diruang tamu rumahnya.
Saudara mara, rakan taulan,sahabat yang menziarahi jenazah allahyarham.
Kelihatan Pak Hamid bapa allahyarham berkata sesuatu sebelum jenazah allahyarham Ahmad Hamid dimasukkan kedalam keranda.
Kelihatan jenazah diusung keluar dari rumah allahyarham ke kereta jenazah dibawa ke Masjid Batu 12 Jalan Kapar untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hamid telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Batu 12 Jalan Kapar selepas waktu asar.