Satu lagi penambaikan dalam Perubatan TNB kepada kakitangan dan Pesara adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Love On Wheels Sdn Bhd Healthcare Services Sdn Bhd. Diantara perkhidmatan mereka adalah seperti berikut :-
Perkhidmatan Rehabilitasi
- Terapi anggota
- Terapi Carakerja
- Terapi Pertuturan
- Pakar Kaunseling Psikososial
- Pakar Diet
Perkhidmatan Kejururawatan
- Asas Kejururawatan
- Penjagaan Pesakit Berpenyakit Kritikal
- Rawatan Paliatif
- Pengurusan Luka
- Penjagaan Ibu/Anak Selepas Dilahirkan.
Prosedur Perkhidmatan
1. Pesakit perlu mendapatkan Surat Rujukan daripada doktor yang merawatnya samaada pesakit tersebut
memerlukan rawatan dirumah.Kemudian pesakit perlu menghantar surat itu kepada PM Care Sdn Bhd
2. PM Care Sdn Bhd akan mengeluarkan Surat Jaminan kepada Love On Wheels Healthcare Services Sdn
Bhd.
3. Apabila menerima Surat Jaminan, Love On Wheels Healthcare Services Sdn Bhd akan menjadualkan
sessi penilaian yang perlu dilakukan
4. Setelah selesai sessi penilaian, Love On Wheels Healthcare Services Sdn Bhd akan memulakan rawatan
pada tarikh dan masa yang ditentukan oleh pesakit dan ahli keluarga.
Untuk Keterangan Lanjut layari laman web www.loveonwheelshealthcare.com atau hubungi mereka pada talian Toll Free 1800 222 007
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia d/a Tingkat 1, Bangunan Dispensari TNB, Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Jalan Dato Sidin, Beg Berkunci 2013, 41990, Klang. Tel. Presiden 0163620528, Tel S/usaha 0196931175. Email : xtenaga@gmail.com
AGM PERSATUAN 27 HB JULAI 2011
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan nya pada 27 hb Julai 2011 bertempat di Kelab Eksekutif Klang bermula jam 9.00 pagi
Para Pesara Mendaftar Untuk Kehadiran Mseyuarat
Sebelum Urusan Mesyuarat Agong Berlangsung 4 sessi taklimat telah disampaikan untuk menambahkan pengetahuan para pesara. 1. Taklimat Kesihatan oleh Dr Sivagahmi dari PM Care ( tiada gambar) 2. Taklimat oleh Calvin Vaz daripada Syarikat Love On Wheels Healthcare Services Sdn Berhad. 3. Talimat Perubatan TNB oleh Sdra Rosli Gembor.dan 4. Talimat Khairat Kematian TNB oleh Sdra Majidi.
Ucapan Selamat Menyambut Syaaban Kepada Ahli ahli Beragama Islam
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya. Bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.
Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN
1. Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
2. Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
3. Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.
MALAM NISFU SYAABAN:
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
Taklimat Kepada Pesara LLN/TNB di Pulau Pinang
Usaha sedang diatur oleh BahagianSumber Manusia Kumpulan untuk memberikan taklimat perubatan, khairat kematian dan sebagainya di jangka pada penghujung Julai 2011 kemungkinan bertempat di Setesen Janaeletrik Gelugor.
Mesyuarat Agong Tahunan
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunannya pada 27 hb Julai bertempat di Klang Excecutive Club mulai jam 9.00 pagi. Notis mesyuarat akan mula diposkan pada semua ahli mulai 1 hb Julai 2011.
Taklimat Kepada Pesara di Trengganu Selatan Pada 16hb Jun 2011
Alhamdullillah,Perjumpaan pihak Pengurusan Sumber Manusia TNB dengan para pesara TNB/LLN di Trengganu Selatan telah diadakan pada 16/6/11 bertempat Setesen Janaeletrik Sultan Ismail,Paka. Seramai 60 orang pesara telah menghadiri majlis tersebut serta mendengar taklimat khususnya mengenai perubatan.Moga moga pesara di kawasan selatan dan utara semenanjong akan berpeluang seperti ini. Wakil Persatuan disini adalah En Ismail Awang, Tel 0199854631
Subscribe to:
Posts (Atom)