Mansor Adam Dalam Kenangan - Al Fatihah

Allahyarham Mansor Adam 71 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 30hb June 2015 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Jenazahnya telah dibawa kerumahnya di Kampung Tok Muda Kapar. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Kampung Tok Muda Kapar. Saya bersama Tn Hj Mohammad Abu Bakar serta Sdra S Kandasamy sempat menziarah jenazahnya.

Allahyarham pernah menjadi pemangku Yang Di Pertua Kesatuan Pekerja Pekerja Lembaga Letrik Negara pada 1972. Selepas itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Kewangan persatuan tersebut sehingga beliau bersara.