Selamat Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina

Bagi pihak Presiden dan Ahli J/kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada ahli ahli persatuan ini khasnya dan amnya pesara LLN/TNB yang berketurunan Tionghua di Malaysia.
Semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan  keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Lawatan Badan Warisan Malaysia Ke SJJC, Klang

Kami di pihak urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia merakamkan setinggi terima kasih kepada Pengurusan TNB bahagian koprat dan Pengurus Besar Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught Klang serta kakitangannya kerana telah menjemput persatuan ini serta beberapa orang pesara bekas kakitangan SJJC untuk bersama sama dengan Persatuan Badan Warisan Malaysia meninjau dan mengimbas kembali pengalaman dan pengetahuan mereka mereka yang pernah bertugas disetesen tersebut. Kemungkinan Setesen ini akan menjadi salah satu tapak warisan bangunan yang cantik di negara ini dipelihara untuk tatapan generasi masa hadapan.

Selain daripada taklimat sejarah SJJC para pelawat telah di bawa melihat kembali disekitar luar dan dalam setesen ini.



Happy Ponggal

 



To all Hindu members of Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia we wish you that this festival is one, which brings good luck and prosperity and hoping that it is joyous, and fills your days ahead with happiness. Have a wonderful Pongal."