Selamat Menyambut Tahun Baru / Happy New Year 2011

KEPADA SEMUA PESARA LLN / TNB
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
HAPPY NEW YEAR 2011

Semoga dipanjangkan umur dan sehat sejahtera.

Salam Ikhlas 
daripada Urusetia & Ahli Jawatan Kuasa
Persatuan  Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia

Selamat Menyambut Perayaan Hari Krismas

Kepada Ahli ahli Persatuan Bekas Pekerja Tenaga Nasional Malaysia dan para pesara LLN/TNB yang beragama Kristian kami diurusetia persatuan mewakili Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas.

Sessi Taklimat Untuk Pekerja & Pesara TNB, Anjuran Bahagian Sumber Manusia Kumpulan

Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB dan Sessi Lawatan Teknikal pada  9hb Disember 2010 bertempat di Dewan Perdana, Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Klang. Yang amat menariknya bekas pekerja LLN/TNB telah diundang sama mendengar taklimat tersebut. Sudah tentu peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh pesara pesara sekitar Klang, Pelabuhan Klang, dan Shah Alam telah datang beramai ramai untuk mendengar taklimat tersebut kerana jiwa dan rasa taat setia mereka kepada bekas majikannya masih menebal dalam sanubari. Walaupun pada pagi tersebut hujan telah turun sedikit kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang.

Tumpuan Pesara LLN/TNB sudah tentu kepada sessi Yg Bhg Datuk Abdul Rahman Daud mengenai Perubatan TNB dan sessi taklimat KWKPP oleh Encik S. Viswanathan. Persoalan mengenai surat jaminan yang pernah menghantui pesara telah dijawab oleh Yg Bhg Datuk Abdul Rahman Daud dengan jelas dan memberitahu beberapa penambahbaikan perubatan TNB kepada pesara. Sessi Kumpulan Wang Khairat Kematian oleh En Visvanathan juga menarik perhatian pesara.Ramai diantara mereka yang pernah menjadi ahli dahulu berhasrat untuk menyambong keahlian mereka.

Bagi bekas pekerja di SJJC lawatan Teknikal ke kawasan Stesen SJJC, mengimbau kembali kenangan suka duka, pahit maung sewaktu bekerja menanggung keluarga masing masing. Terima Kasih TNB. Semoga usaha usaha sebegini dapat di panjangkan kepada rakan pesara kami ditempat tempat lain agar jalinan mesra hubungan diantara pesara dengan bekas majikannya kekal diingatan.      

Selamat Menyambut Tahun Baru - 1432 Hijrah

Kepada Muslimin dan Muslimat pesara LLN/TNB beragama Islam,kami di urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru - 1432 Hijrah. Semoga berada dalam keadaan sihat dan di dipanjangkan umur untuk lebih tekun beribadat kepada Allah. Amin Ya Rabbalal amin.