Selamat Menyambut Tahun Baru / Happy New Year 2011

KEPADA SEMUA PESARA LLN / TNB
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
HAPPY NEW YEAR 2011

Semoga dipanjangkan umur dan sehat sejahtera.

Salam Ikhlas 
daripada Urusetia & Ahli Jawatan Kuasa
Persatuan  Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia

Selamat Menyambut Perayaan Hari Krismas

Kepada Ahli ahli Persatuan Bekas Pekerja Tenaga Nasional Malaysia dan para pesara LLN/TNB yang beragama Kristian kami diurusetia persatuan mewakili Presiden dan Ahli Jawatan Kuasa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas.

Sessi Taklimat Untuk Pekerja & Pesara TNB, Anjuran Bahagian Sumber Manusia Kumpulan

Kami diurusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Yg Bhg Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman, Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan kerana berjaya menganjur sessi taklimat Pasca Perkhidmatan, Perubatan TNB, Kumpulan Wang Khairat Pekerja & Pesara TNB dan Sessi Lawatan Teknikal pada  9hb Disember 2010 bertempat di Dewan Perdana, Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Klang. Yang amat menariknya bekas pekerja LLN/TNB telah diundang sama mendengar taklimat tersebut. Sudah tentu peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh pesara pesara sekitar Klang, Pelabuhan Klang, dan Shah Alam telah datang beramai ramai untuk mendengar taklimat tersebut kerana jiwa dan rasa taat setia mereka kepada bekas majikannya masih menebal dalam sanubari. Walaupun pada pagi tersebut hujan telah turun sedikit kelihatan ada pesara yang bertongkat datang terhinjut hinjut, yang rabun bercermin mata, yang berbadan besar dan gemuk jalan perlahan, yang sihat senyum melebar, ada yang berpenyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah dan ada yang ditemani oleh isteri mereka kerana nak bawa kereta dah tak larat, namun datang tetap datang kata mereka. Begitulah keadaan mereka yang telah bersara dan dimamah usia namun diwajah mereka kelihatan ceria dan rasa puas kerana dapat bertemu dengan rakan rakan sama sama bekerja dahulu dan yang pentingnya rasa dihargai oleh bekas majikan tetap dikenang.

Tumpuan Pesara LLN/TNB sudah tentu kepada sessi Yg Bhg Datuk Abdul Rahman Daud mengenai Perubatan TNB dan sessi taklimat KWKPP oleh Encik S. Viswanathan. Persoalan mengenai surat jaminan yang pernah menghantui pesara telah dijawab oleh Yg Bhg Datuk Abdul Rahman Daud dengan jelas dan memberitahu beberapa penambahbaikan perubatan TNB kepada pesara. Sessi Kumpulan Wang Khairat Kematian oleh En Visvanathan juga menarik perhatian pesara.Ramai diantara mereka yang pernah menjadi ahli dahulu berhasrat untuk menyambong keahlian mereka.

Bagi bekas pekerja di SJJC lawatan Teknikal ke kawasan Stesen SJJC, mengimbau kembali kenangan suka duka, pahit maung sewaktu bekerja menanggung keluarga masing masing. Terima Kasih TNB. Semoga usaha usaha sebegini dapat di panjangkan kepada rakan pesara kami ditempat tempat lain agar jalinan mesra hubungan diantara pesara dengan bekas majikannya kekal diingatan.      

Selamat Menyambut Tahun Baru - 1432 Hijrah

Kepada Muslimin dan Muslimat pesara LLN/TNB beragama Islam,kami di urusetia Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru - 1432 Hijrah. Semoga berada dalam keadaan sihat dan di dipanjangkan umur untuk lebih tekun beribadat kepada Allah. Amin Ya Rabbalal amin. 

Disember 2010 - Sessi Taklimat

Satu Sessi Talimat 
Pasca Perkhidmatan ( Bakal Pesara),  Perubatan TNB, 
Kumpulan Wang Khairat Pekerja dan Pesara TNB 
serta 
Lawatan Teknikal Dalam SJJC
dijadualkan akan diadakan pada 9hb Disember 2010 
bertempat di Dewan Perdana 
Setesen Janaeletrik Jambatan Connaught. Klang 
Mulai Jam 8.15 pagi Hingga 1.45 petang. Semua Pesara dijemput hadir. 

Happy Depavali



Kepada Pesara LLN/TNB Penganut Agama Hindu

Happy Deepavali 

Selamat menyambut Pesta Cahaya, semoga diterangi cahaya dalam kehidupan mendatang. 

daripada 
Pengerusi Dan Ahli Jawatan Kuasa 
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia
 

Salam Aidilfitri

Kepada Muslimin Dan Muslimat


Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin


daripada 
Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa 
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia



Salam Ramadan Almubarak

Pengerusi Dan Ahli J/kuasa Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia Mengucapkan Salam Dan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa. Ramadan diawalnya KEAMPUNAN Pertengahannya KEBERKATAN dan diakhirnya KEMENANGAN. Bersyukur dengan limpahan rezeki yang kita perolehi dan hayati makna puasa untuk kita hadapi penuh keinsafan dan keikhlasan.

Lagi Gambar Mesyuarat Agong Tahunan

Yg Bhg Tan Sri Dato Dr Hj Aini Arope
Bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad

Ahli Ahli Yang Hadir Pada Mesyuarat Agong


Yg Bhg Tan Sri Dato Dr Hj Aini Arope dan para tetamu,
dan ahli persatuan sedang menikmati hidangan tengah hari. 


Gambar Kenangan Bersama Tan Sri Dato Dr Aini Arope

Gambar Mesyuarat Agong Tahunan

Gambar Mesyuarat Agong Tahunan Dari Album
Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.

Kehadiran Yg Bhg Tan Sri Dato Amar Leo Moggie
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad di sambut meriah
Pengerusi , S/usaha Dan Timbalan Pengerusi mengiringi
Tan Sri Dato Amar Leo Moggie ke Dewan Persidangan

Kata kata Aluan Daripada Pengerusi Persatuan
Tn Hj Mohd Abu Bakar b Naina Mohammad


Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong oleh Yg Bhg
Tan Sri Dato Amar Leo Moggie


Terima Kasih Pengerusi TNB
Yg Bhg Tan Sri Dato Amar Leo Moggie
Ke Majlis Bekas Pekerja Pekerja TNB

Kehadiran Ahli Ahli Persatuan pada 3 Gambar DiAtas

Pengerusi TNB Yg Bhg Tan Sri Dato Amar Leo Moggie
Beramah Mesra Dengan Pesara TNB

 Penaung/Penasihat Persatuan Yg Bhg Dato Zainal Rampak
Bersama Pengerusi Persatuan Meraikan Tetamu Kehormat
Dan Ahli Ahli Persatuan Pada Majlis Makan Tengah Hari