Notis Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia
akan berlangsung pada 28hb Mei 2016
Jam 9.00 pagi
bertempat di Jade Garden, Tingkat 8, Hotel Goldcourse
Jalan Pasar, Klang, Selangor



Penyerahan Cek Kepada Para Pesara Yang Telibat Dengan Banjir Disember 2014 Dan Perjumpaan Dengan Para Pesara LLN/TNB Kelantan

Empat Pegawai daripada Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia telah turun padang ke Majlis Penyampaian Cek kepada para pesara LLN/TNB yang terlibat dalam banjir bulan Disember 2014 yang telah diadakan di Tingkat 9 Wisma TNB, Jalan Tok Hakim pada 26 Mac 2016. Seramai 35 orang para pesara di sekitar Kota Bharu, Jeli dan Kuala Krai telah menghadiri majlis ini.Majlis ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg Dato Ir Yuslan Abdul Rahman, Pengurus Besar Negeri Kelantan.Seramai 19 orang para pesara LLN/TNB telah menerima sumbangan daripada persatuan ini.

 Para Pesara Membuat Pendaftaran.
 
 Para Tetamu dan Para Pesara Yang Hadir
 Ucapan Aluan Tn Hj Mohamad Abu Bakar, Presiden Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.
 Ucapan Perasmian Oleh Yang Bhg Dato Ir Yuslan Abdul Rahman, Pengurus Besar Negeri Kelantan
 

 Penyampaian Cek kepada Pesara Yang Terlibat dalam Banjir Disember 2014.
 Gambar Beramai Ramai Para Pesara Yang Menerima Bantuan daripada Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia.

Majlis Makan Malam Bersama  Bekas Pepimpin Kesatuan Daripada LLN/TNB Kota Bharu Terdiri daripada Tn Hj Yusof Muda, Tn Hj Zakaria Abd Rahman, Sdra Mohd Shariff Ibrahim Dengan Para Pegawai Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia   

 Setiausaha Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Yusoff Muda bekas pemimpin






 Sdra S Kandasamy menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Zakaria Abd Rahman.

Majlis Makan Tengah Hari 2016. The Notis To All Members.

Persatuan Bekas Pekerja Pekerja Tenaga Nasional Malaysia akan mengadakan Majlis Makan Tengah Hari 2016 :-

Tempat : Di Perkarangan Rumah Pesara di Setesen Janaelektrik Jambatan Connaught Klang

Tarikh  : 30hb Januari 2016

Masa   : 11.30 Pagi.

Penyertaan : RM 20.00 tiap saorang

Cara Bayaran : (1) Bayaran Tunai boleh dibuat di Rumah Pesara SJJC Klang, Isnin hingga Sabtu 10.00 hingga 12. 00 Tengah Hari. atau 

(2)" Bank In" ke a/c CIMB 8001852349. Selepas Bank In sila SMS atau Whatsapp ke Edwin 0129763427 atau Idris Ismail 0196931175 atau Mohd    Abu Bakar  016 3620528.

Sesiapa yang berminat menyertai Majlis tersebut sila buat tempahan  kepada Sdra Edwin 0129763427 atau Sdra Hj Idris Hj Ismail 0196931175 atau Hj Mohamad Abu Bakar  016 3620528 atau Sdra.Murugiah 0176602116

Mansor Adam Dalam Kenangan - Al Fatihah

Allahyarham Mansor Adam 71 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 30hb June 2015 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Jenazahnya telah dibawa kerumahnya di Kampung Tok Muda Kapar. Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Kampung Tok Muda Kapar. Saya bersama Tn Hj Mohammad Abu Bakar serta Sdra S Kandasamy sempat menziarah jenazahnya.

Allahyarham pernah menjadi pemangku Yang Di Pertua Kesatuan Pekerja Pekerja Lembaga Letrik Negara pada 1972. Selepas itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Kewangan persatuan tersebut sehingga beliau bersara.